Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gaza kian ‘tenat’
  • GLOBAL

Gaza kian ‘tenat’

Utusan Sarawak 2 months ago
MENDERITA… Keluarga Palestin menyediakan juadah berbuka puasa di tempat kediaman yang musnah di Jabalia di utara Semenanjung Gaza, semalam. -Foto AFP

GAZA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza masih belum berakhir.

“Penghantaran bantuan meningkat dengan ketara sepanjang tempoh gencatan senjata, namun jumlah itu masih terlalu kecil berbanding keperluan besar di lapangan,” menurut kenyataan ICRC semalam. 

Badan kemanusiaan itu menekankan bahawa selain bantuan kecemasan, komitmen jangka panjang diperlukan untuk membangunkan semula perkhidmatan asas serta memulihkan maruah masyarakat yang terjejas.

Bantuan juga perlu dipelbagaikan, termasuk bekalan bahan pembinaan untuk tempat perlindungan, peralatan perubatan dan perkhidmatan penting lain bagi menangani krisis yang semakin kompleks.

ICRC juga memberi amaran bahawa pemberhentian bantuan, termasuk gangguan bekalan elektrik ke satu-satunya loji penyahgaraman air di Gaza boleh memburukkan lagi keadaan.

Kesannya sudah mula dirasai melalui kenaikan harga dan kekurangan barang keperluan asas. 

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bekas Presiden Filipina, Duterte ditahan kerana kekejaman ‘perang dadah’
Next: Kemalangan empat bas ragut enam nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.