Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sidi mohon bantuan bina semula rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

Sidi mohon bantuan bina semula rumah

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH….Sidi (kanan) bergambar bersama Gung Chiu Kion (tiga kiri) dan pegawai dari Pejabat Daerah Meradong dan JKR Bahagian Sarikei.

BINTANGOR: Seorang penduduk Rumah Riti, Sungai Bakong dikenali sebagai Sidi yang kehilangan bahagian belakang rumahnya akibat kejadian tanah runtuh pada 10 Januari lalu berharap agar bantuan dapat diberikan bagi membina semula kediamannya yang rosak.

Sidi, yang tinggal di hujung rumah panjang bersama lima ahli keluarganya, menceritakan detik cemas ketika kejadian.

Menurutnya, mereka terdengar bunyi kuat sebelum bahagian belakang rumah termasuk dapur, bilik mandi dan tandas runtuh sepenuhnya.

TANAH RUNTUH….Tanah runtuh mengakibatkan bahagian belakang rumah Sidi termasuk dapur, bilik mandi dan tandas runtuh sepenuhnya.

Keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga segera keluar menyelamatkan diri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menghakis struktur tanah di bahagian belakang rumah panjang tersebut.

Prihatin terhadap kejadian itu, satu lawatan tapak telah diadakan baru-baru ini oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sarikei dengan kerjasama Pejabat Daerah Meradong dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei bagi meninjau kerosakan serta membincangkan langkah penyelesaian.

Gung Chiu Kion yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, turun padang bersama pegawai dari agensi berkaitan untuk menilai keadaan di lokasi kejadian dan membincangkan tindakan lanjut.

Selain meneliti kesan runtuhan, sesi perbincangan turut diadakan bersama penduduk setempat untuk mengenal pasti langkah segera bagi mengukuhkan struktur rumah panjang dan mengelakkan kejadian sama berulang.

Turut hadir, Pemanca Yii Hee Sieng, yang mewakili ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong terima kunjungan hormat pegawai JTS
Next: Akhirnya Chen Soon Ngin dapat status warganegara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.