Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu banjir di Kampung Tabahan dapat perhatian
  • TEMPATAN

Isu banjir di Kampung Tabahan dapat perhatian

Utusan Sarawak 5 years ago
BERI PENJELASAN…Dr Abdul Rahman bersama wakil penduduk Kampung Tabahan mendengar taklimat penyelesaian masalah banjir kilat daripada jabatan bertanggungjawab.

LIMBANG: Masalah banjir kilat yang sering melanda Kampung Tabahan Limbang mendapat perhatian ADUN Bukit Kota.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang juga Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah bersama Pejabat Residen Limbang, Pejabat Daerah Limbang, Jabatan Saliran dan Pengairan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perhutanan telah melakukan lawatan ke Kampung Tabahan untuk meninjau dan mencari jalan penyelesaian masalah banjir kilat di kampung tersebut.

Dr Abdul Rahman telah diberikan beberapa cadangan yang akan dilaksanakan oleh jabatan bertanggungjawab bagi menangani masalah banjir kilat berkenaan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dan berkongsi kesusahan rakyat dikawasan beliau agar diberi perhatian sewajarnya.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Limbang Haji Sebi Abang, Penolong Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi, Pemanca Abu Bakar bin Tinggal, Penghulu Latip bin Tujuh, Ketua Kampung Isah bin Tinggal dan wakil jabatan berkenaan.

Oleh Adeng Idrus

Continue Reading

Previous: ADUN Simanggang santuni rakyat
Next: Semua daerah berstatus hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.