Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cemas tanah runtuh di belakang rumah
  • WILAYAH

Cemas tanah runtuh di belakang rumah

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU… Anggota APM Lubok Antu melakukan pemantauan di lokasi tanah runtuh di Rumah Bakong, Skim Skrang hari ini. Foto APM Lubok Antu

ENGKILILI: Hujan lebat berterusan malam tadi mengakibatkan tanah runtuh sepanjang tiga meter di belakang kediaman seorang penduduk di Rumah Bakong, Skim Skrang di sini hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut daripada Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau sekitar 10.00 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota APM mendapati tanah susur berlaku di kawasan belakang rumah pengadu.

“Kawasan yang terjejas akibat tanah susur itu ialah rumah persendirian yang didiami dua penghuni,” katanya.

Desem berkata, tanah susur sepanjang tiga meter itu berlaku disebabkan hujan yang berterusan semalaman.

“Atas faktor keselamatan penduduk kampung, pita keselamatan telah dipasang agar penduduk sentiasa berwaspada dengan kejadian tanah susur tersebut.

“Anggota APM telah menasihati penghuni rumah tebabit agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan menghubungi APM Daerah Lubok Antu sekiranya berlaku lagi kejadian tersebut,” katanya.

Insiden tersebut tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dan orang ramai digesa untuk menghubungi talian kecemasaan PKOD Lubok Antu, 083-584639, jika menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tempoh penutupan jalan dilanjutkan hingga 30 Mac
Next: 494 tangki air diagihkan di DUN Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.