Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular cemaskan penghuni rumah berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular cemaskan penghuni rumah berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 2 months ago
BERJAYA DITANGKAP….Ular berjaya ditangkap oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Penghuni rumah di salah sebuah rumah di Jalan Kelupu cemas apabila terlihat kelibat seekor ular di dalam rumahnya.

Risau dengan keselamatan diri dan keluarganya, penghuni rumah menghubungi pihak bomba untuk bantuan menangkap ular.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 12.52 tengah hari semalam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, empat anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mencari dan memgesan ular tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ular berjaya dikesan dan ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Anggota bomba menangkap ular dalam tempoh lebih kurang enam minit.

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 1.17 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau dua kawasan berisiko banjir
Next: Warga emas meninggal dunia semasa terima rawatan akibat kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.