Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau dua kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau dua kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMANTAUAN….Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan MTL di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau oleh pihak bomba pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menjalankan pemantauan paras air di tebingan Sungai Rajang dan tebingan Sungai Nyelong.

“Rondaan pemantauan dijalankan oleh pihak kami bermula 9.00 malam.

“Rondaan dijalankan adalah bagi memantau keadaan semasa di kawasan rendah sepanjang musim monsun timur laut (MTL),” katanya ketika dihubungi.

Katanya, air sedang surut semasa pemantauan dijalankan oleh pihaknya.

“Keadaan paras air terkawal dan cuaca baik semasa pemantauan tersebut.

“Rondaan pemantauan di kedua-dua kawasan rendah berisiko banjir selesai sepenuhnya pada 9.20 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Francis Harden kekal Presiden FASA
Next: Ular cemaskan penghuni rumah berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.