Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Keganasan: Awasi, perkukuh keselamatan penduduk
  • GLOBAL

Keganasan: Awasi, perkukuh keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 2 months ago
LANGKAH BERJAGA-JAGA… Pegawai keselamatan meronda di lokasi serangan yang mengorbankan dua sukarelawan pertahanan dan mencederakan 13 yang lain, di luar Pejabat Daerah Sungai Kolok, Wilayah Selatan Thailand, Narathiwat semalam. -Foto AFP

BANGKOK: Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan semalam.

Jurucakap kementerian, Mejar Jeneral Thanathip Sawangsang berkata, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Phumtham Wechayachai menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan orang awam yang terkorban dalam kejadian pada 8 Mac lepas.

“Tindakan keganasan sedemikian dalam bulan suci ini bertentangan dengan prinsip agama dan mengakibatkan kehilangan besar. Kementerian Pertahanan menggesa orang ramai mengecam tindakan kumpulan berniat jahat dan menegaskan komitmennya untuk menguatkuasakan langkah perundangan secara tegas bagi melindungi penduduk di wilayah sempadan selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai dan semua pihak berkepentingan bekerjasama dalam memelihara keamanan serta keselamatan di wilayah itu.

Beberapa insiden letupan bom dan tembakan di Wilayah Narathiwat dan Pattani pada 8 Mac lepas dilaporkan mengorbankan lima nyawa serta mencederakan 13 yang lain.

Sementara itu, jurucakap Tentera Diraja Thailand Mejar Jeneral Winthai Suvaree berkata Panglima Tentera Jeneral Phana Klaewplodthuk, yang juga Timbalan Pengarah Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC), telah menerima taklimat berhubung insiden berkenaan.

Beliau melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Jeneral Phana turut mengarahkan Kawalan Hadapan ISOC Wilayah 4 untuk memantau situasi dengan lebih dekat, termasuk memperkukuh langkah keselamatan di kawasan berisiko serta memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka yang terjejas.

“Usaha perlu dipertingkat bagi memperbaiki tahap keselamatan di kawasan yang kurang dilindungi bagi mengelak memberi peluang kepada individu berniat jahat. Tindakan keganasan ini bukan sahaja bertujuan menimbulkan huru-hara, malah menyebabkan kematian dalam kalangan pegawai keselamatan serta orang awam yang tidak bersalah,” katanya.

Beliau turut menggesa tindakan segera diambil bagi menjejaki dan membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan secepat mungkin.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: New York pula berdepan kebakaran, isytihar darurat 
Next: “Apa kita nak makan hari ini, ayah?”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.