Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Al-Haj, Jerijeh terima sumbangan RM4,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Masjid Al-Haj, Jerijeh terima sumbangan RM4,000

Utusan Sarawak 2 months ago

TANJUNG MANIS: Masjid Al-Haj, Jerijeh semalam menerima sumbangan sebanyak RM4,000 daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR).

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 daripada Pusat Khidmat Kuala Rajang kepada masjid tersebut. 

Katanya, sumbangan yang disalurkan itu adalah bagi aktiviti sempena Ramadan.

“Pada hari kedua program Jelajah Ramadan, saya  menikmati suasana di masjid baharu, Masjid Al-Haj di Kampung Jerijeh untuk bersama-sama berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isya dan Tarawih.

“Sejumlah RM4,000 sumbangan LAKIKR, manakala RM2,000 dari Pusat Khidmat disalurkan kepada masjid bagi aktiviti sempena Ramadan kali ini,” katanya di hantaran laman facebooknya, semalam. 

Katanya, program Jelajah Ramadan itu turut diserikan dengan sumbangan dana  dalam bentuk duit raya kepada seramai 201 penerima termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, asnaf dan anak yatim.

“Program yang dilaksanakan ini  bertujuan  memberi peluang untuk membantu golongan yang memerlukan serta  mengeratkan hubungan umat Islam. 

“Malah, program ini juga bagi menyemarakkan Ramadan dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti, khususnya golongan yang memerlukan. 

“Diharap  inisiatif yang merupakan program tahunan Kuala Rajang ini akan menyemarakkan semangat kebersamaan serta keprihatinan dan semoga Ramadan kali ini akan menjadi lebih bermakna bagi kita semua,” katanya. 

Tambahnya, program tersebut juga akan diteruskan di lokasi-lokasi seterusnya. 

Continue Reading

Previous: Terkini: Mangsa banjir di Trusan, Lawas terus meningkat, dua PPS baharu dibuka
Next: Tapak projek balai bomba Julau tunggu kelulusan SPA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.