Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Kampung Spaoh terima sumbangan buah kurma
  • WILAYAH

Penduduk Kampung Spaoh terima sumbangan buah kurma

Utusan Sarawak 2 months ago

SPAOH: Sebanyak 1,931 buah kurma diagihkan kepada penduduk Kampung Spaoh yang disumbangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Selain penduduk kampung, pihak jabatan kerajaan, agensi serta pihak swasta turut menerima agihan sumbangan buah kurma tersebut.

Oleh itu, satu majlis simbolik penyerahan buah kurma telah diadakan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban kepada wakil penduduk Spaoh dan agensi kerajaan serta swasta di sekitar Spaoh.

Sumbangan kurma tersebut merupakan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu menyokong umat Islam menyambut Ramadan di samping mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat.

Uggah berharap, sumbangan itu dapat menyemarakkan lagi Ramadan bagi penduduk, terutama umat Islam di Spaoh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 46 mangsa banjir dipindah ke PPS Dewan Trusan
Next: Raikan pengorbanan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.