Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiada banyak masa pulihkan United
  • SUKAN

Tiada banyak masa pulihkan United

Utusan Sarawak 2 months ago
LAUNG ARAHAN… Ruben Amorim melaungkan arahan kepada pemain Manchester United semasa aksi pusingan 16 terakhir Liga Europa UEFA menentang Real Sociedad di Stadium Anoeta di San Sebastian, Sepanyol. Foto AFP

LONDON: Ruben Amorim mengatakan Manchester United tidak akan memberikannya tempoh yang panjang untuk memulihkan kegemilangan kelab, seperti yang diperoleh oleh bos Arsenal, Mikel Arteta.

Amorim, 40, telah bergelut sejak menggantikan Erik ten Hag di Old Trafford, dengan The Red Devils menghuni tangga ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris, selain tersingkir daripada kedua-dua saingan piala domestik.

Liga Europa UEFA menjadi satu-satunya harapan pasukan untuk memenangi piala musim ini dan secara realistiknya, kelayakan ke saingan Eropah musim depan adalah tipis.

Pagi Isnin ini, United akan melayani kunjungan Arsenal dan anak buah Arteta berada dalam semangat tinggi selepas menang besar 7-1 menentang PSV Eindhoven pada aksi pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara UEFA, baru-baru ini.  

Ditanya sama ada dia melihat persamaan antara kedudukan Arteta dan tugasnya di United, Amorim berkata: “Saya tidak merasakan itu. Saya tidak akan mempunyai masa seperti Arteta. Ia adalah kelab yang berbeza.

“Jadi, kami hanya perlu bertahan dengan pemain dan semasa perlawanan ini.

Sementara itu, United memperoleh terikat 1-1 menentang Real Sociedad pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Europa awal pagi tadi.

Menjelang pertembungan menentang Gunners, pengurus dari Portugal itu tidak menjangkakan mana-mana pemain utamanya yang cedera bakal beraksi, dengan Harry Maguire dan Manuel Ugarte menyertai senarai kecederaan di Old Trafford.

Amad Diallo, Kobbie Mainoo, Lisandro Martinez, Mason Mount dan Luke Shaw masih cedera, begitu juga Jonny Evans, Altay Bayindir dan Tom Heaton manakala Patrick Dorgu pula digantung perlawanan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tamatkan gandingan tanpa penyesalan
Next: Masters Orleans: Pearly-Thinaah ‘tersekat’ di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.