Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Primadona air mata bantu anak jual ayam golek
  • HIBURAN

Primadona air mata bantu anak jual ayam golek

Utusan Sarawak 2 months ago
PELAKON veteran terkenal, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, (kiri) turut membantu menyediakan ayam golek di gerai ayam golek Ferris Wheel di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu. Foto BERNAMA

GERAI ayam golek Ferris Wheel di Kampung Wakaf Beruas, di sini menjadi tumpuan ramai dengan kehadiran pelakon veteran terkenal, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.

Sinonim dengan gelaran primadona air mata, Wan Maimunah, 68, berkata beliau turun padang berniaga bagi membantu anak lelakinya, Muhammad Shah Muhammad, 45, yang mencari rezeki tambahan pada Ramadan.

Terkenal dengan julukan ‘ibu’, Wan Maimunah turut mengambil kesempatan ketika berniaga untuk bertemu dengan para peminatnya yang tidak putus-putus singgah ke gerainya sejak hari pertama bulan puasa ini.

ANTARA ayam golek yang disediakan di gerai ayam golek Ferris Wheel. Foto BERNAMA

“Alhamdulillah, ramai yang singgah selepas melihat kain rentang yang memaparkan wajah ibu. Pada awalnya mereka nak pastikan sama ada gambar itu betul atau sekadar gimik untuk melariskan jualan.

“Tetapi, apabila tengok betul-betul, masing-masing teruja dan ambil kesempatan bergambar bersama,” katanya ketika ditemui di gerainya di Wakaf Beruas.

Ternyata, aktres itu amat terharu dan teruja dengan sambutan peminat yang sanggup datang dari jauh untuk membeli ayam golek dan bersua muka dengannya.

Menurut Wan Maimunah, operasi perniagaannya bermula pada 3 petang hingga 6.30 petang, setiap hari sepanjang Ramadan.

Selain ayam golek, para peminat juga boleh menikmati masakan hasil air tangannya menerusi menu nasi beriani yang dijual pada harga hanya RM5 sebungkus.

“Pada hari pertama Ramadan ibu turun berniaga selepas asar. Tetapi, melihatkan sambutan peminat, 3.00 petang ibu dah turun ke gerai untuk bertemu mereka.

“Setiap hari kami sediakan 70 ekor ayam golek yang dijual pada harga RM25 seekor. Bagi set lengkap ayam golek bersama nasi beriani pula hanya RM28,” katanya.

Menyentuh mengenai karier seninya, Wan Maimunah berkata dirinya belum bersara daripada dunia seni dan masih menerima tawaran berlakon.

Bagaimanapun, buat masa ini beliau ingin berehat seketika dan menghabiskan waktu dengan keluarga.

“Ramai pelanggan dan peminat yang datang meluahkan kerinduan untuk lihat ibu berlakon kerana sangat berkesan. Insya-Allah kalau ada peluang ibu akan kembali berlakon. Tetapi, sekarang ibu nak fokus bersama anak dan keluarga dahulu,” katanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Jualan tiket awal RWMF 2025 dibuka
Next: Impi adakan konsert solo di luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.