Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Batik Air tawar tambang tetap ke Sarawak, Sabah sepanjang Aidilfitri
  • BISNES

Batik Air tawar tambang tetap ke Sarawak, Sabah sepanjang Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
HARGA PROMOSI… Kakitangan Batik Air menunjukkan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri pada Pelancaran Tambang Tetap Hari Raya, malam ini. Foto Bernama

SUBANG: Batik Air menawarkan tiket penerbangan tambang tetap pada kadar RM319 ke Sarawak dan RM379 ke Sabah sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.

Beliau berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

“Usaha ini mencerminkan pemahaman yang mendalam berkenaan perkara yang benar-benar menjadi perhatian penumpang dan ini merupakan langkah terpuji dalam menjadikan perjalanan perayaan lebih mudah diakses oleh semua,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar Batik Air di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud.

KADAR TETAP… Anthony Loke menyampaikan ucapan semasa majlis Pelancaran Tambang Tetap Hari Raya dan Berbuka Puasa Batik Air di Subang, malam ini. Foto Bernama

Loke berkata syarikat penerbangan itu juga telah menambah hingga 140 kekerapan penerbangan ke destinasi utama di dalam negara termasuk Kota Bharu, Alor Setar, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Sandakan, Tawau dan banyak lagi.

“Tambahan penerbangan ini akan memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan, memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan.

“Dengan peluasan ini, Batik Air menyediakan lebih 22,000 tempat duduk tambahan sepanjang tempoh kemuncak perjalanan, sekali gus meningkatkan akses dan memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar bagi semua penumpang,” katanya.

Loke berkata rangkaian Batik Air yang semakin berkembang dan komitmennya yang berterusan terhadap pengalaman penumpang telah mengukuhkan peranannya dalam landskap penerbangan Malaysia.

RASMI… Anthony Loke semasa melancarkan Tambang Tetap Hari Raya dan majlis Berbuka Puasa Batik Air di Subang, malam ini. Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy (kanan). Foto Bernama

“Pertumbuhan syarikat penerbangan ini adalah bukti kepada dedikasi dalam menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan dan saya menantikan lebih banyak inisiatif yang mengutamakan keperluan penumpang.

“Kami menggalakkan syarikat penerbangan untuk terus mengamalkan strategi penetapan harga yang adil dan telus yang meningkatkan kesalinghubungan dalam Malaysia dan luar negara,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Penumpang di LTAK melonjak
Next: Bursa Malaysia ditutup rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.