Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,206 hektar diluluskan di bawah Program Pengukuran Tanah NCR
  • Tengah
  • WILAYAH

1,206 hektar diluluskan di bawah Program Pengukuran Tanah NCR

Utusan Sarawak 2 months ago
MORIS Nayup serta yang lain merakam gambar semasa Program Randau Penyukatan Tanah NCR di kawasan Tapang Ujan Ili, di sini semalam. Foto ADUN Krian

ROBAN: Seluas 1,206 hektar diluluskan untuk diukur perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Kawasan Tapang Ujan Ili di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata keluasan tanah tersebut diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.

“Walaupun permohonan tersebut telah lama dimajukan ke Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong namun penduduk kawasan tersebut berasa amat teruja selepas permohonan mereka telah diluluskan. 

“Kerana bagi mereka tanah yang tidak diiktiraf atau tidak mempunyai dokumen sukar untuk menentukan siapa pemilih yang sah,” katanya.

Dalam pada itu, satu sesi Program Randau Penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Tapang Ujan Ili, di sini semalam.

Sementara itu, Penguasa JTS Bahagian Betong Moris Nayup menasihati pemilik tanah supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah di media sosial berhubung penyukatan tanah.

“Sekiranya ada masalah pemilik disarankan untuk hadir sendiri ke Jabatan Tanah dan Survei untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kecil Roban Steve Miller, wakil Residen Bahagian Betong Ramsey Selat, Penghulu Jos@George Manggie, pegawai-pegawai JTS Bahagian Betong dan tuai-tuai rumah kawasan Mudong.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kaki murid tersepit besi penutup longkang
Next: Bazar Ramadan Matu beri peluang peniaga kecil jana pendapatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.