Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kaki murid tersepit besi penutup longkang
  • Tengah
  • WILAYAH

Kaki murid tersepit besi penutup longkang

Utusan Sarawak 2 months ago
TERSEPIT… Pasukan bomba semasa menjalankan operasi mengeluarkan kaki kanak-kanak lelaki yang tersepit antara besi penutup longkang di SJKC Thian Hua Sibu Jaya, petang tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersepit antara besi penutup longkang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thian Hua Sibu Jaya, petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 1.26 petang.

“Setelah besi penutup longkang berjaya diregang, mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Anggota bomba mengambil masa sekitar tujuh minit bagi mengeluarkan kaki mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cakna aduan masyarakat
Next: 1,206 hektar diluluskan di bawah Program Pengukuran Tanah NCR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.