Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Tuah’ sebelahi Liverpool- Slot
  • SUKAN

‘Tuah’ sebelahi Liverpool- Slot

Utusan Sarawak 2 months ago
WIRA…Pengendali Liverpool, Arne Slot memeluk penjaring gol, Harvey Elliott selepas aksi 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain di Parc des Princes, Paris. – Foto AFP

PARIS: Kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain di Paris pada aksi pertama pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi adalah bersandarkan ‘tuah dan nasib, kata pengendali Liverpool, Arne Slot

“Jika kami seri di sini pun sudah dikira bernasib baik. Ia jelas sekali,” kata Slot selepas pasukannya diasak bertalu-talu oleh tuan rumah di Parc de Princes.

PSG menguasai babak pertama tetapi penjaga gol Liverpool, Alisson Becker beraksi cemerlang menafikan setiap percubaan tuan rumah sebelum Elliott meledak gol tunggal permainan pada minit ke-87.

Slot berkata, PSG jelas pasukan lebih bagus di babak pertama dan Liverpool bernasib baik apabila jaringan Khvicha Kvaratskhelia pada minit ke-20 dibatalkan kerana ofsaid. PSG mencatat 28 percubaan keseluruhan.

“Mereka pasukan lebih bagus hari ini (awal pagi tadi), terutamanya di babak pertama. Mereka mempunyai tiga atau empat peluang terbuka di babak pertama, dan ia satu keajaiban kedudukan masih 0-0.

“Kami ada beberapa peluang, tiga atau empat kali, yang saya rasakan kami dapat menghukum mereka ketika serangan balas, tetapi tidak menjadi. Kami menunggu hingga saat akhir dan membolosi mereka,” katanya.

Elliott, 21, masuk menggantikan Mohamed Salah selepas bintang Mesir itu gagal memberikan impak. Dia menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya selepas mendapat umpanan Darwin Nunez. – AFP

Continue Reading

Previous: Flick teruja tewaskan Benfica
Next: Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.