Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja ‘gabion’ dijalankan di Taman Tumbina
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja ‘gabion’ dijalankan di Taman Tumbina

Utusan Sarawak 2 months ago
TAPAK projek baik pulih di Taman Tumbina, Bintulu.

BINTULU: Kerja ‘gabion’ akan dijalankan di Taman Tumbina, mulai 6 hingga 30 Mac ini bagi menangani masalah hakisan cerun di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan daripada, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), projek itu bertujuan meningkatkan kestabilan cerun serta memastikan keselamatan pengunjung dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan berkenaan.

PELAN pengurusan pergerakan trafik

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan sepanjang tempoh kerja dijalankan.

Antaranya termasuk mematuhi papan tanda dan arahan, memandu dengan berhati-hati serta mengurangkan kelajuan berhampiran kawasan kerja, mengelakkan kawasan larangan bagi pejalan kaki, serta bersedia untuk kemungkinan gangguan bunyi dan pergerakan trafik.

BDA menzahirkan rasa terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keluarga mohon bantuan baik pulih jambatan
Next: Kelab Polis Daerah Bintulu anjur Bintulu Cops Run

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.