Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf tapak Bazar Ramadan Daro fasa 2 dilaksana tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja naik taraf tapak Bazar Ramadan Daro fasa 2 dilaksana tahun ini

Utusan Sarawak 2 months ago
PERASMIAN… Safiee Ahmad ketika merasmikan Bazar Ramadan Daro. Foto Facebook ADUN Daro Safiee Ahmad

DARO: Kerja menaik taraf tapak Bazar Ramadan Daro fasa 2 akan dilaksanakan tahun ini bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan juga penjual di tapak bazar tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, fasa 1 projek tersebut dilaksanakan pada 2023 dengan peruntukan RM235,000 dan fasa kedua dilaksanakan tahun ini dengan peruntukan RM180,000.

Menurutnya, kerja naik taraf tapak bazar itu akan dilaksanakan di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan yang membolehkan peniaga kecil merebut peluang menambah pendapatan keluarga terutama pada Ramadan ini,” katanya ketika merasmikan Bazar Ramadan Daro.

Menurutnya, peniaga yang menyertai bazar Ramadan tahun ini termasuk penduduk dari Daro, Matu, Pulau Bruit dan juga peniaga dari luar.

“Saya menggesa peniaga agar sentiasa menjaga aspek kebersihan dan kualiti produk mereka terutama makanan dan minuman untuk kebaikan semua,” kata beliau.

Bazar Ramadan Daro 2025 di bawah seliaan Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) mempunyai 94 gerai, meningkat berbanding 72 gerai pada tahun lepas.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hubungan erat pastikan keharmonian, pembangunan rumah panjang
Next: Platform pupuk perpaduan, persaudaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.