Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman  
  • JENAYAH

Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman  

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Enam individu termasuk tiga penyampai radio Era FM hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berkait isu video tular mempersenda upacara agama lain.

Tiga penyampai radio itu dilihat tiba kira-kira 10.30 pagi menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam, manakala tiga lagi kakitangan radio terbabit tiba berasingan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Setakat ini, 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berkaitan isu video terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Razarudin sebelum ini memaklumkan semakan polis mendapati rakaman video itu sudah ditonton 95,400 kali dan turut dikongsi 204 pengguna di media sosial, namun hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati video itu sudah pun dipadamkan pihak stesen radio berkenaan.

Setelah menerima pelbagai kecaman, tiga penyampai radio berkenaan tampil memohon maaf berikutan penghasilan video kontroversi itu yang dilihat mempersendakan upacara tarian agama Hindu.

Berikutan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci setelah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio berkenaan. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni penjara dikesan
Next: Pecah rumah, curi kabel, 10 individu ditahan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.