Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • SEB, PLN Indonesia bincang usaha sama dalam tenaga elektrik merentas sempadan
  • BISNES

SEB, PLN Indonesia bincang usaha sama dalam tenaga elektrik merentas sempadan

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Sarawak Energy Bhd (SEB) dan penyedia elektrik kebangsaan Indonesia, Perusahaan Listrik Negara (PLN) telah berbincang mengenai potensi masa akan datang membabitkan inisiatif tenaga rentas sempadan untuk meningkatkan keselamatan tenaga serantau dan menyokong aspirasi grid tenaga ASEAN semasa misi perniagaan SEB ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini. 

SEB melalui satu kenyataan hari ini berkata dalam usaha syarikat untuk menjadi kuasa serantau, misi perniagaan itu turut memberi peluang bagi mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan utama di Indonesia selain menegaskan komitmennya terhadap penyelesaian tenaga lestari dan rentas sempadan.

“Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) serta SEB berjaya memuktamadkan misi perniagaan ke Jakarta, memperkuat komitmen Sarawak dalam perkongsian tenaga serantau.

“Semasa lawatan ke pejabat korporat PLN, delegasi Sarawak bertemu dengan Pengarah Presiden PLN, Darmawan Prasodjo dan terlibat dalam dialog mengenai projek-projek masa depan, mengesahkan komitmen mereka untuk bekerjasama bagi kemajuan bersama Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, delegasi itu turut memperkenalkan acara dwitahunannya, Forum Tenaga Boleh Baharu dan Mampan (SAREF), yang akan diadakan menjelang September ini dan bakal menyatukan para pemimpin industri serta pembuat dasar untuk perbincangan lanjut mengenai kerjasama rentas sempadan termasuk penyelesaian tenaga yang mampan.

Delegasi itu diketuai oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengerusi SEB Datuk Ibrahim Baki serta Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Next: Bursa Malaysia ditutup tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.