Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RM12.7 bilion wang tak dituntut direkodkan – MoF
  • NASIONAL

RM12.7 bilion wang tak dituntut direkodkan – MoF

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merekodkan sejumlah RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) hingga 31 Januari lepas, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF). 

MoF menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan, individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

“Mereka juga boleh hadir ke kaunter JANM di setiap negeri dengan kaedah semakan dan tuntutan boleh dirujuk di portal eGUMIS JANM atau kaunter JANM,” menurut kementerian itu.

Penjelasan itu menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai jumlah terkini WTD dan proses menuntut wang itu, serta langkah diambil kerajaan untuk memaklumkan mengenai WTD kepada pemilik atau waris mereka.

Kementerian itu juga menjelaskan bahawa kempen kesedaran, taklimat secara dalam talian dan hebahan berkala melalui saluran TV nasional, giat dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai pemilik atau waris menyedari kewujudan WTD mereka.

Selain itu, bagi memudahkan proses tuntutan, perkhidmatan kaunter semakan dan bayaran balik WTD telah diperluas ke 24 JANM negeri dan cawangan seluruh negara, selain satu kaunter di JANM Putrajaya dan satu di UTC Pudu.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai membuat semakan serta mengemukakan permohonan tuntutan dengan lebih mudah dan pantas. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
Next: Harga RON97, diesel di Semenanjung turun lima sen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.