Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit meningkat susulan dolar AS susut, bimbang mengenai tarif
  • BISNES

Ringgit meningkat susulan dolar AS susut, bimbang mengenai tarif

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan mata wang tersebut rendah selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 105.57, turun lebih satu peratus.

“Kebimbangan mengenai tarif yang lebih tinggi boleh menyebabkan ekonomi lembap dan mendorong Rizab Persekutuan untuk mengambil pendirian yang lebih berhati-hati terhadap dasar monetari,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peniaga juga mengambil kira tiga penurunan kadar faedah pada tahun ini.

“Perkembangan mengenai tarif akan menjadi keutamaan dalam jangka masa terdekat berdasarkan situasi yang berubah-ubah, sekali gus mewujudkan peluang dagangan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat ringgit akan terus diniagakan berhati-hati dengan ASD/MYR pada sekitar RM4.45 hingga RM4.47.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9675/9759 daripada 2.9956/9989 semalam, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.6884/7038 daripada 5.6789/6846 dan merosot berbanding euro kepada 4.7231/7358 daripada 4.6916/6963, semalam.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3227/3322 daripada 3.3203/3242 semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1963/2453 daripada 13.1853/2057.

Sebaliknya, mata wang tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 270.3/271.2 daripada 271.3/271.8 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.69/7.72, semalam. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sarawak, Huawei meterai MoU pacu transformasi digital
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.