Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat motosikal curi ditemukan susulan penangkapan lelaki warga asing
  • JENAYAH

Empat motosikal curi ditemukan susulan penangkapan lelaki warga asing

Utusan Sarawak 2 months ago
TUMPAS… Seorang lelaki warga asing berjaya ditangkap oleh polis dan menemukan empat motosikal disyaki dicuri, penangkapan itu dalam operasi di sebuah ladang sawit di Jalan Bintulu-Bakun, petang kelmarin.
Foto Polis Daerah Miri

MIRI: Polis berjaya menemukan empat motosikal disyaki dicuri susulan penangkapan seorang lelaki warga asing dalam operasi di sebuah ladang sawit di Jalan Bintulu-Bakun, petang kelmarin.

Menurut jurucakap Polis Daerah Miri menerusi satu kenyataan, suspek berusia lewat 20-an, ditahan sekitar 5.15 petang dalam operasi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri dan Bintulu dengan bantuan anggota RCJ Balai Polis Batu Niah.

Katanya, suspek dikenalpasti sebagai individu yang terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar Daerah Bintulu dan Miri.

“Ketika disergah, suspek gagal melarikan diri dan berjaya ditangkap, operasi ini dijalankan di bawah operasi OPS Lejang.

“Hasil pemeriksaan selepas rampasan dijalankan, sebuah motosikal yang telah dilaporkan hilang pada 2023 di Daerah Bintulu ditemui.

“Sementara itu, tiga motosikal lagi dilaporkan hilang di Daerah Miri pada awal 2025,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan seleweng diesel bersubsidi
Next: Sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni penjara dikesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.