Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Juh berambeh sungkei di Padang Merdeka
  • TEMPATAN

Juh berambeh sungkei di Padang Merdeka

Utusan Sarawak 2 months ago
AYUH MERIAHKAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan barisan kenamaan lain memegang plakad semasa sidang
media di Kuching, hari ini. -FOTO UKAS

KUCHING: Acara berbuka puasa atau ‘sungkei’ dalam bahasa Melayu Sarawak berskala besar di negeri itu, bakal diadakan pada 15 Mac ini dengan jemputan turut terbuka kepada masyarakat bukan Islam bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, edisi ketiga Juh Berambeh Sungkei mengangkat tema Kelestarian dalam Belia dan Perpaduan dalam Iftar, akan berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.

“Kita jangkakan seramai 3,000 pengunjung akan hadir berikutan penerimaan dan sambutan semakin meriah dari tahun ke tahun.

“Kali ini pengisiannya sedikit berlainan, kerana kita jemput Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) supaya kita eratkan silaturahim antara masyarakat majmuk di negeri ini,” katanya dalam sidang media sempena program itu, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menjelaskan, program itu turut menerapkan nilai kelestarian seperti tempat cas telefon menggunakan tenaga solar, pengumpulan sisa makanan serta barangan plastik untuk kitar semula.

Pengunjung berpeluang untuk berbuka puasa secara berkelah dengan membawa makanan serta minuman masing-masing, sewaktu majlis itu nanti.

– BERNAMA

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hormati semua agama
Next: Jom naik BAS.MY Kuching 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.