
PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan semalam menerima lima laporan berkaitan kes penipuan kod QR pada 21 Februari lepas sehingga 1 Mac lalu di dua buah pasar raya yang berbeza, melibatkan kerugian sebanyak RM4,904.99.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dalam satu kenyataan berkata, modus operandi yang dilakukan oleh sindiket penipuan berkenaan menggunakan pembayaran melalui kod QR, dengan penglibatan sekitar tiga atau empat suspek di premis yang disasarkan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Magenderan Muniandy di talian 017-3356810 atau Inspektor Risikan Operasi BSJKD Padawan, Inspektor Mohd Hisyam Mohd Shah (014-6662855).