Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS gantung bantuan ketenteraan kepada Ukraine
  • GLOBAL

AS gantung bantuan ketenteraan kepada Ukraine

Utusan Sarawak 2 months ago

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media AS. 

Tindakan itu diambil hanya beberapa hari selepas Trump bertemu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Pejabat Oval. 

Menurut stesen penyiaran AS, Fox News yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan kerajaan yang tidak dinamakan, keputusan itu bukan bersifat kekal, sebaliknya hanya sementara. 

Akhbar The New York Times pula melaporkan bahawa sokongan akan disambung semula sebaik Trump memastikan Ukraine komited terhadap rundingan damai dengan Rusia. 

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Rumah Putih. 

Di bawah pentadbiran Joe Biden sebelum ini, AS merupakan penyokong terbesar dan terpenting Ukraine dalam operasi pertahanannya terhadap Rusia. – Bernama – dpa 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak mulai April
Next: 1.02 juta pil peransang dirampas di Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.