Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT bersungkei bersama pemimpin masyarakat
  • TEMPATAN

TYT bersungkei bersama pemimpin masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
Sekitar Majlis Bersungkei 1446H/2025M, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Dewan Surau, Astana Negeri Sarawak semalam. Foto ihsan Astana Negeri Sarawak.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, menghadiri malam pertama Majlis Bersungkei 1446H/2025M di Dewan Surau, Astana Negeri Sarawak semalam.

Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh keberkatan.

Selepaa berbuka puasa, Tun Pehin Sri dan Toh Puan bersama para hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

“Semoga Ramadan terus membawa keberkatan serta kesejahteraan kepada semua.” ujar Tun Pehin Sri.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin bersama isteri masing-masing.

Turut serta Ketua Hakim Syarie, Datu Awang Suhaili Ledi; Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Mual Suaud selain ketua-ketua kaum dan pemimpin masyarakat.

Continue Reading

Previous: AS$70.9 juta bantu pelarian Rohingya
Next: Wanita kecewa – ‘roti John disangka enak, rupanya indah khabar dari rupa’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.