Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tarik tumpuan dunia di IEW 2025, 15-17 Julai
  • TEMPATAN

Tarik tumpuan dunia di IEW 2025, 15-17 Julai

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Dr Hazland Abang Hipni merakam gambar bersama yang lain, baru-baru ini.  

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan dunia dalam sektor tenaga bersih melalui penganjuran International Energy Week (IEW) 2025, yang bakal berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  

IEW 2025 yang bertemakan ‘From Sarawak to the World: Journey to Clean Energy Leadership’, mencerminkan komitmen Sarawak dalam mempelopori peralihan tenaga bersih di peringkat global. 

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni menyatakan bahawa acara itu bakal mengetengahkan teknologi terkini dalam tenaga boleh diperbaharui, termasuk tenaga hidrogen, tenaga solar dan teknologi penangkapan karbon.  

“IEW 2025 bukan sahaja berperanan sebagai platform inovasi dalam tenaga lestari, tetapi juga membuka ruang kerjasama antarabangsa untuk mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju dalam sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis perasmian IEW 2025 dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), acara itu bertujuan mempromosikan inisiatif tenaga boleh diperbaharui serta menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.  

IEW 2025 dijangka menarik lebih 6,500 peserta dari lebih 25 negara, dengan penyertaan lebih 400 syarikat serta pemimpin utama industri tenaga. 

Sidang kemuncak itu juga akan menghasilkan cadangan dasar yang dapat dilaksanakan serta memperkukuhkan Sarawak sebagai hab inovasi tenaga bersih di rantau ASEAN.  

IEW 2025 dianjurkan oleh Informa Markets Malaysia dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) serta disokong oleh Business Events Sarawak (BESarawak). 

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, layari (www.iew.my) (http://www.iew.my) atau hubungi sekretariat IEW melalui e-mel fikry.janaludin@informa.com.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak
Next: Grab, SDEC bekerjasama percepat transformasi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.