Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar
  • JENAYAH

Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

JERTIH: Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata polis menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan mayat dalam tandas terbengkalai dan terpencil itu pada 4.21 petang.

“Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari berdasarkan keadaan mayat sudah mereput dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi penemuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Md Sani berkata temu bual dengan saksi awam mendapati lelaki itu orang kurang upaya (OKU) mental, yang sering berada di situ hampir setiap hari, namun tidak kelihatan sejak lebih seminggu lepas. 

“Seorang lagi saksi dipercayai abang kepada lelaki itu berkata adiknya tidak pulang ke rumah untuk tempoh sama, bagaimanapun tiada laporan polis dibuat,” katanya.

Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini, untuk pengecaman oleh keluarga dan bedah siasat dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga emas ditemukan maut dengan kesan kebakaran
Next: Penolong pengurus bank rugi lebih RM28,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.