
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa syukur atas kesempatan yang diberikan untuk sekali lagi menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan, dan keberkatan.
Di kesempatan ini, Tun Wan Junaidi dengan penuh keikhlasan memohon kemaafan atas sebarang kekhilafan, sama ada dalam tutur kata atau perbuatan, sama ada disengajakan mahupun tidak.
Tun Wan Junaidi turut mendoakan agar umat Islam dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk memperbanyakkan amal ibadah serta memperbaiki diri sepanjang bulan yang mulia ini.
“Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT,” ujar beliau.