
MANILA: Enam orang cedera selepas sebahagian jambatan baharu di wilayah Isabela, utara Filipina runtuh pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa pada Sabtu.
Pejabat pengurusan risiko bencana wilayah memaklumkan kejadian berlaku selepas sebuah lori pengangkut melintasi jambatan itu.

Pembinaan jambatan itubermula pada 2014 dan dibuka kepada lalu lintas pada 1 Februari tahun ini.
Pemandu lori yang terlibat melarikan diri selepas kejadian tetapi menyerah diri pada pagi Jumaat dan kini berada dalam tahanan polis.
Jambatan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan, sementara pihak berkuasa menjalankan penilaian keselamatan lanjut.
- Bernama