Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 30 ditahan AADK sekitar Betong
  • Tengah
  • WILAYAH

30 ditahan AADK sekitar Betong

Utusan Sarawak 2 months ago
OPS Perdana yang dijalankan oleh AADK Sarawak dan AADK Daerah Betong di tiga lokasi dalam Bahagian Betong berjaya menahan 30 individu.

BETONG: Seramai 30 individu telah ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak dan AADK Daerah Betong dalam Ops Perdana yang bermula 25 Februari sehingga semalam.

Dalam satu kenyataan AADK Sarawak hari ini, Ops Perdana yang dijalankan selama tiga hari itu menyasarkan kawasan sekitar Debak, Kabong, Supa dan Spaoh di Bahagian Betong.

“Hasil operasi yang dijalankan, seramai 30 individu telah ditahan, dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Metamphetamine (METH) selepas menjalani ujian saringan air kencing.

“Daripada jumlah itu, 28 adalah lelaki dan dua adalah wanita, berusia diantara 19 hingga 50 tahun,” katanya.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah 1983, dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Operasi ini turut disertai Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Sarawak, Mohamed Izuan Abdul Rahman yang menegaskan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras penyalahgunaan dadah demi kesejahteraan masyarakat.

Operasi ini melibatkan seramai 12 anggota AADK, termasuk dua pegawai dan 10 anggota yang bertugas dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Orang ramai katanya yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh menghubungi talian hotline AADK di 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233. Untuk maklumat lanjut, layari adk.gov.my.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiada campur tangan pemilihan tuai rumah, ketua kaum
Next: Acara bertukar dulang makanan sempena kedatangan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.