Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SFM anjur kempen derma darah
  • TEMPATAN

SFM anjur kempen derma darah

Utusan Sarawak 2 months ago
TANDA PENGHARGAAN… Pengurus Besar SFM Wong Shey Hian (tengah) bersama Alex Lee, Pengurus Juanlan & Pemasaran, Hubert Chua, Eksekutif Jualan Teknikal dan staf menunjukan pek hadiah sebagai tanda penghargaan kepada penderma darah.

KUCHING: Sarawak Flour Mill (SFM) akan menganjurkan kempen derma darah pada Sabtu ini, 1 Mac 2025, di South Atrium, Ground Floor Mall 2, Boulevard Shopping Mall, Kuching.

Program ini berlangsung dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang dengan kerjasama Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurut kenyataan pihak penganjur, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) SFM bagi menyokong usaha HUS dalam menampung keperluan bekalan darah.

Orang ramai digalakkan untuk menyertai program ini sebagai satu usaha menyelamatkan nyawa dan membantu komuniti.

Sebagai tanda penghargaan, penderma darah akan menerima pek hadiah yang mengandungi 5 kg beras, tepung, minuman, dan barangan premium lain. Hadiah diberikan berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ selagi stok masih ada.

SFM turut merakamkan penghargaan kepada para penaja yang menyokong program ini, termasuk Tong Seng Huat Sdn Bhd, Lian Hua Seng Sdn Bhd, Timur Kami Sdn Bhd, dan Syn Yong Fatt Sdn Bhd.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AI satu keperluan bagi usahawan, koperasi
Next: Tumpu perhatian proses permohonan kewarganegaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.