Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MIS umum zakat fitrah RM7.50
  • TEMPATAN

MIS umum zakat fitrah RM7.50

Utusan Sarawak 2 months ago
SUMBANGAN… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima ketika hadir pada majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak Kepada Masjid dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2025. Turut hadir bersama Datuk Misnu Taha. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H di Sarawak ditetapkan pada RM7.50 seorang.

Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dalam Majlis Penyampaian Sumbangan MIS kepada masjid, surau, dan tanah perkuburan Islam di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, hari ini.

Beliau menggesa seluruh umat Islam di Sarawak agar menunaikan zakat fitrah dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab.

UCAPAN… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berucap pada majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak Kepada Masjid dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2025.

“Zakat fitrah bukan sekadar kewajipan, tetapi juga satu bentuk kebersihan jiwa dan harta.

“Zakat juga dapat membantu golongan yang memerlukan agar dapat merayakan Aidilfitri dengan lebih bermakna,” katanya.

Selain pengumuman kadar zakat, majlis itu turut menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah RM4.53 juta kepada 1,652 masjid, surau dan tanah perkuburan Islam yang berdaftar di Sarawak yang bertujuan memperkasakan institusi Islam sebagai pusat pembangunan ummah.

Beliau turut menekankan kepentingan integriti dan ketelusan dalam pengurusan sumbangan serta dana zakat bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh komuniti Islam di Sarawak.

Pengumuman tersebut menjadi peringatan kepada umat Islam di Sarawak agar menunaikan zakat fitrah tepat pada masanya demi membantu golongan asnaf dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha serta tetamu kehormat lain.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM19 juta sudah diperuntuk bantu pembeli rumah bayar deposit 
Next: Premis miliki sijil halal dibenarkan anjur bufet Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.