Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan, seorang warga asing ditahan disyaki terlibat aktiviti dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan, seorang warga asing ditahan disyaki terlibat aktiviti dadah

Utusan Sarawak 2 months ago

MIRI: Dua lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan ditahan polis di tepi jalan Miri-Bintulu di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu menerusi satu kenyataan malam tadi berkata, ketiga-tiga suspek ditahan oleh pasukan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, sekitar 4.00 petang, kelmarin.

“Semasa melakukan pemeriksaan di tempat kejadian tersebut, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Methamphetamine berjumlah 24.66 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM2,715” katanya.

Alexson berkata, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, hendaklah dikenakan hukuman penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes pegawai kanan bekas PM: SPRM masih belum dapat dedah penemuan nilai wang, aset dijumpai
Next: Pemandu lori bawa muatan kayu balak secara berbahaya antara individu ditahan JPJ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.