Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tingkat pengetahuan dalam bidang keselamatan makanan
  • Selatan
  • WILAYAH

Tingkat pengetahuan dalam bidang keselamatan makanan

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Billy Sujang bergambar bersama peserta program memasak.

LUNDU: Ahli Biro Wanita di setiap kampung digalakkan untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keselamatan makanan melalui kursus memasak dan latihan pengendalian makanan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, menekankan bahawa keselamatan makanan adalah aspek penting dalam kehidupan seharian yang perlu diberi perhatian.
Menurutnya, keselamatan makanan merangkumi langkah-langkah dan amalan yang memastikan makanan yang disediakan bersih, selamat dan tidak membahayakan kesihatan.


“Ilmu keselamatan makanan ini boleh dimanfaatkan mengikut keperluan semasa, khususnya ketika menganjurkan pelbagai aktiviti di kampung. Ia juga membantu memastikan makanan yang disediakan sentiasa selamat,” katanya dalam satu program di Kampung Biawak semalam.
Billy turut mengalu-alukan penganjuran program sebegini untuk diperluaskan ke kampung kampung lain di kawasan Opar.
Sebagai tanda sokongan, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Biro Wanita Kampung Biawak.
Selain itu, pihak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (KRPPM-MPM) turut menyumbangkan peralatan memasak dan katering kepada biro berkenaan. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kepentingan rekod, dokumentasi adat, budaya
Next: Perluas jaringan bantuan golongan veteran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.