Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sedia peluang jana pendapatan perkasa golongan miskin tegar, miskin, B40
  • Tengah
  • WILAYAH

Sedia peluang jana pendapatan perkasa golongan miskin tegar, miskin, B40

Utusan Sarawak 2 months ago

SARIKEI: Unit Pembangunan Sosio Ekonomi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) telah mengadakan sesi libat urus bersama Bahagian Pentadbiran Sarikei bagi membincangkan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat Basmi Miskin Tegar IPR BMT.

Program ini bertujuan memperkasa golongan miskin tegar, miskin dan B40 dengan menyediakan peluang penjanaan pendapatan yang mampan, sekali gus membantu mereka mencapai kestabilan kewangan jangka panjang.

Perbincangan dalam sesi ini memberi tumpuan kepada perancangan strategik, pengagihan sumber secara cekap serta pendekatan bersasar bagi memastikan manfaat program ini dapat dirasai sepenuhnya oleh masyarakat Sarikei.

Usaha ini selari dengan matlamat IPR BMT untuk memperkasa komuniti, memupuk keusahawanan serta mengukuhkan daya tahan ekonomi, agar lebih ramai individu dapat keluar daripada kitaran kemiskinan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Sarikei Louis Yeo Soon Guan, dan wakil Pejabat Residen Sarikei Donald Gani.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Imbangi jejak karbon lebih bertanggungjawab
Next: Fahami kepentingan pemeliharaan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.