Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua kawasan rendah berisiko banjir dipantau
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua kawasan rendah berisiko banjir dipantau

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMANTAUAN… Rondaan pemantauan paras air dijalankan oleh pihak bomba pada malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua kawasan rendah berisiko banjir telah dipantau oleh pihak bomba pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, kawasan yang dipantau adalah tebingan Sungai Nyelong dan Jalan Wisma Jubli.

“Pemantauan yang bermula dari 9.30 malam hingga 10.30 malam mendapati paras air masih terkawal.

“Trend air surut meskipun keadaan cuaca hujan renyai-renyai semasa dua anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihaknya akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan sebarang kemungkinan dapat diuruskan dengan segera.

“Penduduk di kawasan rendah berisiko banjir dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim monsun timur laut (MTL).

“Kami akan meneruskan pemantauan secara berkala dan bersedia untuk mengambil tindakan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor pantau kawasan berisiko banjir
Next: Tedung hitam lima kaki berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.