
Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi tadi.
Setiausaha Akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil.
“Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu. – Bernama