Tujuh anggota bomba jalani ujian kecekapan fizikal individu

Facebook
WhatsApp

BINTANGOR: Seramai tujuh orang anggota bomba telah menjalani ujian kecekapan fizikal individu (IPPT).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, ujian tersebut dijalankan di Kompleks Sukan Bintangor, baru-baru ini.

“Ujian dijalankan bermula 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.

“Ia adalah IPPT untuk pasukan atau unit khas BBP Bintangor,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, tiga ujian IPPT yang dijalankan adalah ujian mendagu, bangun tubi dan larian 2.4 kilometer (km).

“Pegawai penguji bagi ujian ialah Terrence Jimbun.

“Ujian berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Oleh Earl Anek

Kuching City benam Melaka 2-1

MELAKA: Kuching City FC mencipta kemenangan bergaya apabila menewaskan Melaka dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Hang Tuah, malam