Kereta terbakar, dua anggota tentera berjaya selamatkan diri

Facebook
WhatsApp
SEBUAH kereta yang dinaiki dua anggota tentera terbakar sepenuhnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, awal pagi tadi.

SIBU: Dua anggota tentera sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan yang mereka naiki terbakar dalam kejadian di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 5.59 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Honda Civic sedang terbakar sepenuhnya.

“Komander operasi kemudian melakukan penilaian sebelum mengarahkan anggota bertugas untuk memadam kebakaran menggunakan dua salur bantu mula pam dari tangki jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya, anggota bomba menamatkan operasi pada 6.30 pagi.

Oleh Tarani Lanting