
SIBU: Pemuda Persatuan Kutien Sarawak menjemput orang ramai untuk menderma darah pada kempen derma darah di Orange Zone, Star Mega Mall, Ahad ini.
Kempen bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang ini, adalah dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu.
Program akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Penasihat Pemuda Persatuan Kutien, Datuk Michael Tiang Ming Tee.
Penganjuran kempen tersebut bertujuan membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.