Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
  • SEMASA

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak tidak berubah pagi ini dengan jumlah mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu kekal 309 orang.

Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga, tidak berubah sejak 8.00 malam tadi.

“Hanya sebuah PPS di Kinabatangan dibuka, trend pemindahan pagi ini kekal,” menurut jawatankuasa itu.

Di Sarawak, sebanyak 202 orang masih berlindung di dua PPS di Miri, satu-satunya kawasan yang masih terkesan dengan bencana banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8.00 pagi ini, PPS di Dewan Masyarakat Beluru kekal dengan 137 mangsa, sementara PPS di SMK Bakong Beluru dengan 65 mangsa. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada kenaikan harga LPG Petros
Next: Miro gesa Pemuda PBB lebih aktif demi masa depan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.