Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kawasan rendah berpotensi dinaiki air ketika MTL
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau kawasan rendah berpotensi dinaiki air ketika MTL

Utusan Sarawak 3 months ago
RONDAAN…. Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir.
Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pihak bomba telah menjalankan rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) di kawasan rendah berisiko banjir, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, rondaan bermula pada 8.40 malam itu melibatkan tiga anggota bomba memantau kawasan rendah yang berpotensi dinaiki air iaitu di Jalan Kubu Lama, Jalan Wharf, Jalan Jubli Mutiara dan Taman Nyelong.

“Tujuan rondaan pemantauan ini adalah untuk memantau perkembangan paras air, mengenal pasti sebarang risiko awal banjir dan kelancaran lalu lintas di kawasan-kawasan tersebut. 

“Pemantauan secara berkala amat penting dalam menghadapi musim MTL. 

“Kami sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir, terutama di kawasan rendah berisiko banjir,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, rondaan ini dilakukan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan rendah berisiko banjir dan memberi tindak balas awal sekiranya keadaan memerlukan. 

“Anggota bomba bertugas mendapati trend air surut, cuaca baik, lalu lintas terkawal dan tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor adakan latihan perkukuh kemahiran anggota
Next: Tadbir urus cekap menerusi kelancaran komunikasi, penyelarasan kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.