
SIBU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bersama isteri, Datin Amar Enn Ong, mengadakan lawatan ke Kuil Eng Ann Teng Tua Peh Kong di sini hari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketibaan mereka disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi kuil, Soon Choon Kui, serta ahli jawatankuasa kuil.
Dr Sim berkata lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan dengan masyarakat serta menghargai kepentingan kuil bersejarah itu, yang telah berusia lebih 120 tahun.
“Kuil ini bukan sahaja tempat ibadat, tetapi juga warisan penting dan tarikan pelancongan bagi Sibu,” katanya.
Dalam pada itu, Soon berharap Dr Sim akan terus menyokong usaha pembesaran kuil bagi menampung keperluan masyarakat setempat.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting, dan Pengerusi SUPP Bawang Assan Kevin Lau.