BINTANGOR: Kawasan rendah berisiko banjir di Taman Alomara dan tebingan sungai Rajang telah dipantau oleh pihak bomba malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, rondaan pemantauan bermula pada 10.00 malam.
“Dua orang anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan paras air di dua kawasan ini.
“Sepanjang rondaan, didapati keadaan paras air adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, air surut semasa anggota bomba menjalankan pemantauan.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan.
“Rondaan pemantauan selesai pada 10.30 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek