Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Edwin Banta santuni mangsa banjir
  • Utara
  • WILAYAH

Edwin Banta santuni mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
TINJAU… Edwin Banta beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS SMK Tatau sambil meninjau keadaan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau.

TATAU: Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta, mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau semalam bagi menyantuni mangsa banjir yang masih berlindung di PPS berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut disertai oleh Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong.

Lawatan itu bertujuan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua mangsa.

Beliau meluangkan masa bertemu mangsa banjir sambil memberikan kata-kata semangat, serta menyampaikan sumbangan keperluan asas.

Setakat hari ini, PPS SMK Tatau masih beroperasi dengan jumlah 197 mangsa.

Edwin turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi bencana dan berharap agar mangsa banjir diberikan sokongan yang sewajarnya sepanjang tempoh pemindahan.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 26 kawasan titik panas banjir diberi perhatian
Next: Perkukuh usaha pemulihan pascabanjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.