ASAJAYA: Perkembangan gerakan koperasi di negara ini akan memupuk perpaduan dan hubungan baik dengan adanya penyertaan daripada masyarakat majmuk sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Selain memainkan peranan aktif, koperasi juga mendapat pengiktirafan antarabangsa, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh.
“Dalam lima tahun akan datang, Koperasi Penduduk Daerah Asajaya Berhad akan bersedia untuk membangunkan projek tanaman pisang sehingga 500 ekar, penanaman pisang secara besar-besaran, untuk dihantar ke Jepun dan dieksport ke pasaran luar negara,” kata beliau.
Beliau mempunyai keyakinan tinggi dan mengucapkan tahniah kepada koperasi itu di atas kejayaannya.
Beliau yang berucap pada seminar yang diadakan di Koperasi Penduduk Daerah Asajaya Berhad sempena lawatan kerja ke Daerah Asajaya baru-baru ini juga mengadakan rombongan ke Ladang Pisang Koperasi Penduduk Daerah Asajaya Berhad di Kampung Serpan Ulu bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak, Meor Mohammad Shariffudin Meor Yahya.
Dalam rombongan itu, Datuk Nordin Salleh dan Meor Mohammad Shariffudin turut memeriksa operasi Ladang Pisang Koperasi tersebut, turut menyertai seminar yang dianjurkan oleh pengurus koperasi dan setiausaha pentadbiran.
Seminar tersebut bertujuan membolehkan masyarakat memahami dengan lebih mendalam mengenai rancangan koperasi dan pembangunan besar untuk lima tahun akan datang. Ini termasuk pembelian jentera pertanian moden seperti penggali, membina kemudahan latihan pertanian yang lebih baik, seperti bangunan koperasi dan pusat latihan dan lain-lain.
Selain itu, turut mengembangkan tanah seluas 500 ekar dan menamam pisang untuk dijual di dalam dan luar negara.
Kedatangan Datuk Nordin Salleh dan Meor Mohammad Shariffudin telah disambut oleh Pengerusi Koperasi Daerah Asajaya Berhad, Bong Kim Siong dan ahli-ahli jawatankuasa koperasi.
Turut hadir, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat SKM Kuala Lumpur, Zainal Abidin Ab Manaf dan Pengerusi Koperasi Penduduk Daerah Asajaya Berhad, Bong Kim Siong.