Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Stok semua jenis darah di paras rendah, mohon orang ramai tampil derma
  • Tengah
  • WILAYAH

Stok semua jenis darah di paras rendah, mohon orang ramai tampil derma

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Orang ramai dipelawa tampil menderma darah di Bank Darah Hospital Sibu susulan paras stok darah yang berada pada tahap sangat rendah bagi semua jenis darah.

Tabung Darah Hospital Sibu memaklumkan bahawa peningkatan penggunaan stok darah bagi kes kecemasan dan pendarahan berterusan sejak kebelakangan ini menyebabkan keperluan mendesak untuk menambah bekalan.

“Individu yang layak dan bersedia menderma darah amat dialu-alukan bagi membantu pesakit yang memerlukan.

“Orang ramai yang ingin menderma darah boleh hadir secara terus ke Bank Darah Hospital Sibu mengikut waktu operasi yang ditetapkan, iaitu Isnin hingga Khamis, 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, dan 2.00 petang hingga 4.30 petang.

“Sementara itu, pada Jumaat dari 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, dan 2.15 petang hingga 4.30 petang.

“Bank darah ini ditutup pada hujung minggu dan cuti umum,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebagai tanda penghargaan, penderma akan diberikan minuman percuma serta kemudahan tempat letak kenderaan percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anggota terhad, komuniti disaran bekerjasama bersihkan kawasan terjejas banjir  
Next: 81 pelajar UPMKB gembleng tenaga bantu penduduk terjejas banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.