Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba redah banjir bawa warga emas ke klinik
  • WILAYAH

Bomba redah banjir bawa warga emas ke klinik

Utusan Sarawak 3 months ago

SELANGAU: Pasukan bomba meredah banjir di simpang Dijih, Jalan Sibu-Bintulu untuk membawa seorang pesakit warga emas wanita ke klinik bagi mendapatkan rawatan, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada 8.47 pagi, untuk operasi membantu membawa mangsa berusia 77 tahun ke Klinik Kesihatan Selangau.

“Sampai di tempat kejadian, didapati seorang wanita warga emas sakit perlu dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau membawa mangsa menggunakan ‘basket stretcher’ melalui jalan yang dinaiki air banjir.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau,” katanya.

Continue Reading

Previous: 10 kawasan rumah panjang di Marudi terima bantuan makanan
Next: JKM masih salur bantuan bekalan makanan ke Ulu Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.