BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak menerusi Pasukan Gerakan Udara melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan terpencil yang terputus hubungan di Daerah Tatau dan Bintulu.
Menurut satu kenyataan PDRM Kontinjen Sarawak, misi bantuan tersebut melibatkan kekuatan seorang pegawai, dua anggota, dan tiga pegawai awam, dengan jumlah keseluruhan bekalan makanan dihantar seberat 20,394 kilogram.
Antara kawasan yang menerima bantuan adalah Nanga Tau di Kem Masama Shin Yang, Penyarai di Rumah Michael Kuang, Kakus di Rumah Robert Nuing, Ulu Anap di Kem Belawit, dan Long Beyak di Long Beyak, Tapak Baru.
Penghantaran bekalan makanan di semua kawasan yang terjejas dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.